Tuesday, 14 April 2015

kehidupan aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terlebih dahulu saya ingin memanjatkan sukur ke hadrat ilahi kerana telah mewujudkan aku di atas muka bumi ini..Dalam post ini aku ingin menceritakan sejarah hidup aku sepanjang 22 tahun hidup di atas muka bumi ini...Nama diberi Muhammad Amirul Hazrim bin Mohammad..Aku dilahirkan pada 18 Julai 1993 oleh sepasang suami isteri yang diberi nama Mohammad Bin Abas dan Pauzah bt. Abd. Rahman.Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dari segi ekonominya. Bapa aku sebagai petani dan penternak lembu..aku dibesarkan dengan titik peluh seorang yang bergelar bapa yang sungguh tabah dalam membesarkan anak-anak. Aku mempunyai 7 orang adik beradik dimana aku merupakan anak yang bongsu. Ibu dan bapa merupakan insan yang paling aku sanjung dan sayangi,,,dia melahirkan dan membesarkan kami adik beradik tanpa ada rungutan walaupun mereka hanya mengunakan tulang empat kerat mereka untuk membesarkan kami.

   Seterusnya , aku ingin menceritakan sejarah hidup aku bermula dari kanak hingga ke sekarang ini. Aku mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang terletak di perkampungan terpencil di Bachok,Kelantan.Nama sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Chantum..aku menimba ilmu disitu dari darjah 1 hingga darjah 6..disamping aku belajar aku juga aka membantu ayah dan ibu ku mengusahakan tanaman Tembakau dan padi serta memelihara lembu..Walaupun pada usia aku masih kecil tetapui aku telah diberikan ajaran untuk mengusahakan pekerjaan tersebut untuk meringankan beban ibu dan ayah aku.Hanya itu sahaja yang aku mampu untuk membantu mereka pada usis itu.... aku dapat merasa keperitan pekerjaan mereka untuk mencari wang untuk membesarkan kami 7 adik beradik...Oleh sebaba itu aku tidak mahu sia-siakan pengorbanan mereka..aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti akan menjadi seorang anak yang berjasa dan dapat mengubah nasib keluarga aku...Pada waktu petang hari persekolahan dimana murid-murid lain sedang seronok bermain sukan di sekolah tetapi aku mengunakan masa tersebut untuk membantu ayahku di padang..ayah aku melarang aku untuk membantunya tetapi aku tetap berdegil untuk membantunya...Aku selalu mengungkap sebuah peribahasa kepada ayah aku iaitu'ringan sama dijingjing berat sama dipikul'..apaibila aku mengungkap peribahasa tersebut ayah tidak dapat berkata apa-apa selain daripada menhilingkan kepalanya....yang meninggalkan seribu persoalan dalam fikiran aku maksud hilingan kepala tersebut.....Aku juga bangga dengan semua abang dan kakakku kerana mereka semua dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan...itu yang membakar lagi semangat kau untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah mereka...pada usiaku 12 tahun aku menduduki UPSR..dukacita aku ingin menceritakan...dalam peperiksaan UPSR aku mendapat keputusan yang kurang baik dan tidak secemerlang kawan-kawan aku yang lain..Keputusan peperiksaan itu  memberikan tamparan yang paling hebat dalam hidup aku..Ibu dan ayahku sangat kecewa dengan aku..aku sedar ini merupakan balasan ke atas kesilapan aku kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid yang baik..sejak dari itu aku telah berikrar dan berjanji pada diri aku sendiri untuk membuktikan kepada semua orang yang aku boleh berjaya suatu hari nanti..aku bersyukur kerana ibu dan ayah aku masih memberikan aku sokongan dan semangat untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah...

       Selepas pada itu,,aku memulakan hidup baru apabila menjijakkan kaki ke sekolah menengah....nama sekolah tersebut ialah Sekolah menengah Kebangsaan Badak..Sekolah tersebut terletak disebuah pekan tiak jauh daripada rumah aku..sekolah itu banyak memberikan aku kenangan manis dan kenangan pahit..Sekolah itu yang menjadikan aku ini sebagai seorang pelajar yang berketerampilan baik....Disekolah itu aku mempunyai seorang guru yang cukup aku kagumi dengan sikapnya yang tulus ikhlas dalam mendidik anak didik beliau...guru tersebut yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada aku untuk terus belajar dan terus belajar.......Setelah 5 tahun aku belajar disana dan sampai masa untuk aku menempuhi satu peperiksaan yang besar yang bakal menentukan masa depan aku..disebalik aku sibuk fokus terhadap pelajaran aku telah ditimpa masalah yang sangat besar dimana sehinnga sekarang ini tiada seorang pun yang mengetahui masalah tersebut...Aku ini selalu digelar sebagai seorang yang kuat berahsia.aku bukannya ape sebenarnya,,,bagi aku tidak semestinya semua perkara kita boleh berkongsi dengan orang kerana dalam hidup ini kita perlu mempunyai misi hidup untuk membaiki diri dari masa ke semasa..Tetapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan aku jalan penyelesaian yang teapt pada masanya...Dengan masalah tersebut jugalah aku boleh mematangkan diriku dan boleh dikatakan menjadikan diri aku ini sebagai bahan ekperimen untuk diri aku sendiri...Untuk tiak bercerita panjang dalam peperiksaan SPM aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan telah menjadi salah seorang pelajar cemerlang di sekolah tersebut..sungguh aku tidak menyangka dengan keputusan tersebut..munkin ini semua adalah hikmah disebalik kegagalan dan ujian aku dan keluarga aku sebelum ini,,..Ibu dan ayah aku sangat bangga dengan kejayaan aku..

       Selepas itu , aku ditawarkan belajar di sebuah universiti yang aku idam-idamkan selama ini...Aku berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia..Apa yang paling aku gembira adalah aku dapat menyambung pelajaran di sana bersama-sama dengan sahabat baik aku semasa di sekolah iaitu Muhammad Arafaat B. Ismail...Aku begitu gembira dengan penat lelah aku selama ini mengulang kaji pelajaran akhirnya aku berjaya menyambung pelajaran di sebuah mahligai gading yang aku idam-idamkan selama ini...Dan ape yang paling membuatkan aku gembira sekali ialah kesemua adik beradik aku menjadi orang yang berguna kepada ibubapa,negara,bangsa dan agama.....Ibu dan ayah aku sangat dan bangga dengan kami kerana kesemua anak-anaknya menjadi orang yang berguna..dan niat kami adik beradik ingin menunaikan harapan ibu dan ayah kami dimana sudah lama dia hendah menjijakkan kaki ke tanah suci..Insya alllah ...jika dibenarkan oleh-Nya kami akan menghantar mereka ke Mekkah..Akhirnya,berkat susah payah ibu dan ayah membesarkan kami selama ini telah memberikan mereka satu kepuasan kerana dengan titik peluh dan tulang empat kerat nya berjaya mendidik anak-anak sehingga menjadi anak yang berguna....ALHAMDULILLAH......

Dalam post ni aku nak masukkan gambar-gambar kenangan keluarga kami untuk tontonan anda semua...






sekian terima kasih..AMIRUL

Saturday, 11 April 2015

Khasiat Gamat(Sea Cucamber)

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut. Genus stichophus horrens atau gamat emas lebih dikenali kerana ia lebih berkesan dari segi nilai perubatannya. Di Malaysia terdapat 42 spesis timun laut dikenal pasti dan lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia. Haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.


Di Malaysia gamat telah diguna oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu dan dikenali dengan beberapa jenis nama seperti balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dan diikuti dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Semua orang telah mengetahui bahawa gamat ini mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia.Oleh itu, pengasas produk kecantikkan telah menjumpai khasiatnya lalu mencipta produk kecantikkan dan kesihatan yang berasaskan gamat.Di sini saya ingin menyatakan jenis zat atau khasiat yang terdapat dalam seekor gamat.

Analisis Gamat Mengandungi ;
- protein yang melebihi 44%,
- karbohidrat antara 3-5%
- lemak sebanyak 1.5%.
- Komponen komponen laian termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E,a.c zat-zat galian     seperti kromium, thiamine,riboflavine, ferum, kadmium, mangan, nikel, kalsium,magnesium, kabalt   dan zink.
- Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega   dekosaheksaenoik).

Gamat emas mengandung banyak zat gizi seperti protein, mineral, omega 3 dan Bio Active Element. Dalam sejarah tradisional China Gamat telah digunakan sejak lebih dari 1000 tahun yang lalu untuk membantu mengatasi keluhan seperti menyembuhkan luka, meredakan rasa sakit di persendian, memperlancar sirkulasi darah dan secara umum dikonsumsi sebagai hidangan spesial untuk menjaga kesihatan karena dinilai sebagai ginseng laut.


Demikian pula oleh masyarakat Malaysia di Pulau Langkawi, sejak ratusan tahun lalu telah menggunakan Gamat untuk pengubatan seperti radang sendi, asthma, luka bakar, penyakit kulit dan sebagai minyak urut. Kini khasiat Gamat semakin luas di mana dapat membantu mengatasi masalah paru-paru, hipertensi, diabetes, dan juga bagi ibu bersalin yang mengalami pembedahan (caesar). Didukung dengan teknologi modern kini khasiat Gamat dapat anda peroleh dalam kemasan yang praktis dan hygienis dalam Jelly Gamat..

SEKIAN sahaja post saya untuk kali ini mengenai khasiat gamat yang dapat membantu memulihkan penyakit kepada manusia..

Thursday, 9 April 2015

Keindahan Universiti Utara Malaysia(Universiti di Rimba Hijau)

Keindahan Universiti Utara Malaysia(Universiti di Rimba Hijau)

Kini sudah genap 30 tahun penubuhan UUM ,banyak perubahan dan pembaharuan yang telah berlaku sama ada dari segi pentadbiran dan dari segi persekitaran UUM. UUM kini juga dilengkapi dengan perkhidmatan yang lengkap dan canggih. UUM dikenali sebagai Universiti pengurusan yang Terkemuka di Malaysia. Kini UUM telah dapat menarik minat ramai pelajar tempatan mahupun pelajar asing untuk menyambung pelajaran di UUM. Pada tahun 2014 , UUM telah dikomersialkan sebagai Universiti Dirimba Hijau. Bagi pelajar yang suka akan kedamaian persekitaran yang hijau boleh untuk memohon belajar di sini.


SEJARAH PENUBUHAN UUM,SINTOK,KEDAH.


Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya Universiti  yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan  pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia ( sekarang ini IPTA berada di bawah Kementerian  Pengajian  Tinggi) merancang untuk menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana, berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand.

Senarai Naib Canselor UUM:
1984: Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
1989: Tan Sri Dato' Dr. Othman Yeop Abdullah
1993: Dato' Dr. Shamsuddin Kasim
1999: Y. Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh
2001: Y. Bhg. Brid. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri
2005: Y. Bhg. Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi
2010: Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak sehinga kini 2015.


Objektif UUM adalah seperti berikut :

· Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
· Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan
· Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan

Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia.



Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.

Tempat-tempat menarik di UUM.

1) Dewan Muadzam Shah.



2) Hotel EDC,UUM.

3) Litar Go-Kart,UUM

                         
                     

  





4) PUSAT EKUIN,UUM





5 ) Padang Golf,UUM



                          

6) Perpustakaan Sultanah Bahiyyah,UUM.


7) Sport Centre,UUM

               


8) Dataran Perdana,UUM



                                      

9)Kandang Rusa,UUM
                               


10  ) U-Assist,UUM
 


11) Anjung Tamu, UUM





 SEKIAN sahaja post saya berkenaan Universiti Utara Malaysia..
Memang tidak boleh dinafikan bahawa UUM adalah sebuah Universiti yang lengkap dalam penyediaan kemudahan kepada pelajar sesuai dengan gelaran Universiti pengurusan termuka di Malaysia.

Wednesday, 8 April 2015

Aku Seorang Pelajar

Universiti Utara Malaysia adalah tempat dimana aku menyambung pelajaranku pada tahap ijazah sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan..Sekarang aku berada pada tahun kedua semestar 4....Sepanjang aku belajar di sini banyak benda yang aku pelajari...di samping belajar ilmu akademik aku juga banyak belajar mengenai kemahiran kepimpinan dan pemantapan diri....Ujian sebagai seorang pelajar universiti ini sangat mencabar diri aku dimana aku ini seorang anak yang tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga..Antara cabaran utama yang pelajar perlu hadapi sebagai student U adalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat.Dalam pemerhatian aku ramai pelajar terkandas dalam pelajaran kerana mereka tidak pandai menyesuaikan diri dan terpengaruh dengan kejutan budaya dan masalah sosial..Alhamdulilah setakat ini aku masih lagi dapat mengawal diri aku daripada masalah sosial dan aku juga dapat masih lagi dapat membezakan diantara yang baik dan yang buruk...Punca utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah sosial ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya...Banyak masalah sosial yang selalu kita dengar dikalangan student U ini ,antaranya ialah rogol,zina,lahir anak luar nikah,terlibat dengan dadah,kongsi gelap dan banyak lagi yang kita semua tahu...

Jadi, sebagai pelajar yang dianggap mempunyai daya pemikiran yang bijak kita haruslah mengunakan masa belajar ini secara baik dengan memanfaatkan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran anda.

 Didalam post ini aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman-pengalaman yang aku dapat sepanjang menjadi pelajar di sini..Untuk menterjemahkan pengalaman aku disini dengan memasukkan gambar-gambar yang boleh anda lihat.
 

 




Cara hidup SEORANG PELAJAR  pagi ke kelas sehingga petang..malam pula aku membahagikan masa aku dengan mengulangkaji pelajaran,pada waktu malam juga aku akan spend kan masa untuk bersama kawan-kawan untuk makan bersama dan lepak bersama sekejap untuk melepaskan tekanan semasa belajar.

Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya ,pelajar itu hendakklah mempunyai ciri-ciri seorang pelajar yang berjaya..Jadi dalam blog ini saya telah menyenaraikan 10 ciri-ciri pelajar cemerlang.


1  )BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
Pelajar seharusnya berani menerima kegagalan. Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu. Kejayaan tidak datang dengan serta-merta tanpa percubaan atau setelah seseorang mencubanya dengan sekali sahaja. Setiap kejayaan memerlukan percubaan yang banyak. Oleh itu, memberanikan diri untuk gagal kerana kegagalan adalah sifat orang yang berjaya dan mengajar kita untuk lebih berusaha. Kegagalan tidak akan menjadi kegagalan selagi kita tidak menerimanya dan mengakui kegagalan diri kita. Sikap mental kita yang akan menunjukkan sama ada kegagalan itu bersifat sementara atau selamanya .Di dalam mengejar cita-cita putus asa bukanlah ciri-ciri pelajar cemerlang, jikalau percubaan pertama gagal jadilah kegagalan itu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

2)  BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesilapan tidak akan memberi apa-apa kesan jika kita tidak mengendahkannya dan tidak bermuhasabah diri .Oleh itu ambil sedikit waktu untuk fikirkan kembali apakah yang menyebabkan kita gagal dan apakah tindak-tanduk yang menyebabkan kesilapan? Inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan, dan mencari cara untuk mencapai kejayaan. Tidak semua orang melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Kesilapan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

3)  MEMBACA BUKU
 Amalan membaca sememangnya dituntut .Membaca dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

4)  TIDAK MALAS UNTUK BELAJAR
Jangan jadikan diri anda seorang yang bersifat "Bodoh Sombong". jangan malu untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya. Jadikan  contoh atau model dalam hidup anda. Contohnya kakak, abang anda yang telah berjaya sebagai model anda. Perhatikan ciri-ciri dan dedikasi mereka terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. pengalaman akan mengajar seseorang itu dengan lebih berkesan, tidak semestinya dengan membaca kita akan mempelajari sesuatu jika tidak mempraktikkannya sebagai amalan.



5)  KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai

6)  MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan segera  atau lebih baik dihindarkan. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Pengurusan masa yang betul membolehkan seorang pelajar menggunakan masa dengan berkesan dan tidak mengganggu waktu rehat, berjaga sepanjang malam merupakan tabiat yang tidak baik kerana mengganggu kesihatan.

7)  CERGAS
Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Otak yang cergas akan melahirkan pemikiran yang lancar. Untuk menghasilkan otak yang cergas pelajar mestilah aktif dalam menjalankan aktiviti dan sentiasa beriadah. pelajar cemerlang tidak hanya menumpukan masa sepenuhnya untuk belajar tetapi mengatur jadual untuk beriadah bagi memastikan badan yang sihat dan menjamin otak yang cergas.

8) SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran. Minta pandangan orang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi,"jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam."

9)  SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.


 10) MEMILIKI KEPERCAYAAN DIRI

Kepercayaan diri menunjukkan bagaimana kita melihat diri sendiri .Kepercayaan kepada diri bermula apabila kita mengenal pasti kelebihan yang ada. Pelajar yang cemerlang akan mempercayai kebolehan yang ada pada diri mereka. Mereka tidak akan bersedih dengan kelemahan tetapi akan cuba memperbaikinya. Kepercayaan pada diri akan membuatkan kita mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Contohnya, perasaan takut hanya dapat diatasi oleh diri sendiri, kepercayaan pada diri akan membuatkan keberanian mengatasi ketakutan.

Bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk senang" Kejayaan seseorang tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan.Sekali kita gagal dalam kehidupan tidak bermakna kita gagal selamanya. Apa yang penting dalam kehidupan kita ini ,kita harus kenal siapa diri kita di dunia ini,jaga hubungan kita dengan Allah,dengan ibubapa dan sesama manusia...

SEKIAN,,,amirul

Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad( Perdana Menteri ke-4)



Semasa aku kecil nama aku hanya mengenali tokoh ini hanya pada namanya sahaja...Tokoh ini banyak menyumbangkan jasanya kepada pembangunan negara Malaysia...aku membesar dalam pemerintahannya di Malaysia..semasa usia aku dalam lingkungan antara 8-15 tahun aku hanya mendengar daripada mulut-mulut an kata masyarakat terhadap pemimpim ini...Yang aku tahu semua orang memuji kepimpinan beliau sedangkan pada masa itu aku sendiri pun belum mengerti pada itu maksud kepimpinan yang sebenar..Apa yang aku tahu beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat..itu lah ynag menyebabkan beliau dapat memerintah negara Malaysia selama 22 tahun berturut-turut..
 Jadi dalam post aku kali ini aku ingin menceritakan sedikit sebanyak sejarah hidup dan sumbangan Beliau di sepanjang pemerintahan beliau.Di samping itu juga..sekarang ini beliau merupakan role model kepada aku kerana dia adalah seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan disanjung oleh semua orang tidak kira didalam atau diluar negara...


Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timang-timangan sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 di mana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir di mana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

tanpa menceritakan dengan lebih panjang lagi..aku juga ingin memuat naik gambar-gambar diantara sumbangan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.

1) Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran
2) Dasar Pandang Ke Timur
3) Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
4) Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
5) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
6) Dasar Pendidikan Tinggi
7) Wawasan 2020.
8) Menara Kuala Lumpur
9) Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
10) Pemilik Syarikat Proton