'Erti
sesebuah persahabatan perlu dirasa bukan perlu dilihat'
Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan
tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang.
Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi.
Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang
menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal.
http://www.4shared.com/mp3/r1XLRo9P/Brothers_Teman_Sejati.htm
Dalam blog ini saya ingin menceritakan sejarah atau
pengalaman saya dalam persahabatan dengan seorang yang bergelar sahabat. Pada usia
saya yang masih kecil saya mempunyai seorang kawan sekampung yang sama umur dengan saya dan kami membesar
bersama-sama. Apa yang saya ingin menceritakan mengenai beliau adalah seorang
sahabat sejati saya dan kami masih berkawan baik sehingga kini walaupun dia
telah lama meninggalkan kampung sedah sekian lama kerana menyambung pelajaran
di luar negara.
Sebelum itu aku ingin menceritakan latar belakang dia
dahulu. Nama diberi Muhammad Mustaqim bin Zainol Efendi. Datang dari sebuah
keluarga yang susah bapa bekerja sebagai petani dan ibu sebagai suri rumah
sepenuh masa. Dia mempunyai 8 orang adik-beradik dan merupakan anak sulung di
dalam keluarga. Dia dengan aku sama-sama membesar di sebuah perkampungan yang
kecil yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai petani. Apa yang aku bangga
dengan sahabat aku ini dia mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi untuk
mengubah nasib keluarganya. Dia juga seorang pelajar yang sangat pandai dan
selalu mendapat pujian daripada cikgu-cikgu di sekolah. Akibat kemiskinan
keluarganya, dia tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah yang baru. Uniform sekolahnya
yang lusuh yang berusia bertahun-tahun tetapi masih terpakai di tubuhnya. Dalam
kehidupannya banyak cabaran yang dia tempuhi tetapi dengan semangat yang tabah
dan kental dia dapat harungi. Berkat kesabarannya kini dia telah berjaya dalam
pelajarannya. Dia kini sedang menyambung pelajaran di Universiti of London
dalam bidang perubatan. Segala perbelanjaan pembelajarannya ditanggung
sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi dia akan
rasmi bergelar sebagai seorang doktor perubatan dan insya-Allah dia akan dapat
mengubah nasib keluarganya.
Mengenai cerita aku di atas apa yang aku dapat simpulkan, selain daripada seorang
sahabat yang baik dia juga merupakan seorang anak baik. Boleh dikatakan setiap
aktiviti harian kami akan melakukan bersama-sama seperti bermain bersama-sama, makan
bersama-sama belajar bersama-sama.. boleh
dikatakan semuanya bersama-sama. Dan alhamdulillah aku juga berjaya
dalam pelajaran tetapi tidak sebaik dia. Aku berjaya menyambung pelajaran di
Universiti Utara Malaysia.
Daripada pengalaman aku berkawan ini aku telah dapat mengenal
pasti beberapa langkah untuk mengekalkan hubungan persahabatan.
8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya
1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah
Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila
kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan
kekurangannya.
2. Jangan menjadi api
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan,
adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah
seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita
kalah.
3. Tanam sifat saling percaya
Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga
yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu.
Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.
4. Sentiasa berbincang
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk
bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan
berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda
menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam
komunikasi antara anda berdua.
5. Carilah orang tengah yang mampu membantu
Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang
mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih
orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat
anda.
6. Luangkan masa bersama
Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri. Namun, carilah
waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang,
bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri
masing-masing ketika ada waktu terluang.
7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya
Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya
menguji kesabaran kita. Contohnya, sahabat kita memang seorang yang panas
baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya. Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia
menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?
8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang
Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang
mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan
menangis susah dicari.
Mesti anda pernah dengar kan?
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan
kesusahan bersama kita.
Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia
benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya.
Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat,
ujilah sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain
bertanya padanya tentang kita dan rahsia kita.
Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang
kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.
muhdmirul93.blogspot.com
muhdmirul93.blogspot.com
No comments:
Post a Comment