Thursday 2 April 2015

Tragedy in Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera …. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebagai  penulis dan pembaca blog di Malaysia mahupun di luar negara…di dalam post saya kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa peristiwa yang melanda negara Malaysia sejak kebelakangan ini.

1)  Kehilangan MH370

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kehilangan sebuah pesawat Malaysia AIRLINES  model  Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200     yang    dikatakan telah hilang dari radar selepas  baru sahaja  45 minit bertolak dari KLIA 2 ke Beijing. Kehilangan. Kejadian itu berlaku pada 8 March 2014 yang akan bertolak ke Beijing pada pukul 12.41 pagi dan dijangka sampai di Beijing pada pukul  6.30 pagi. Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal telah hilang ghaib tanpa dapat dikesan oleh radar. Pecahan  bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut ialah 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).




Sekarang ini telah genap setahun dua bulan kehilangan MH370 namun begitu misi pencariannya masih dijalankan.
 Persoalannya...kemanakah pesawat tersebut sekarang..?
'Jika terhempasnya sebuah pesawat mestilah meninggalkan bangkai pesawat tersebut'..Namun  begitu setelah sekian lama misi pencarian pesawat tersebut di Lautan Hindi tetapi bangkai pesawat tersebut masih belum dijumpai sehingga kini. Terdapat banyak banyak kospirasi yang telah dilempar dalam tragedi kehilangan pesawat MH 370 ini . Ada juga pendapat yang menyatakan kehilangan pesawat ini ada kaitan dan campur tangan kuasa kuat Dunia.... Tetapi sebetulnya hanya Allah s.w.t. yang tahu kemanakah pesawat tersebut...


2) Pencerobohan Lahad Datu,Sabah.


Pada 11 Februari 2013, beberapa penyokong bersenjata dari kalangan warga/rakyat Filipina yang direkrut oleh Kesultanan Sulu, di mana penceroboh tersebut menggelar diri mereka sebagai "Angkatan Bersenjata Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah)" telah tiba di Kampung Tanduo, wilayah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Kumpulan penceroboh ini didakwa dihantar oleh Sultan Jamalul Kiram III, yang juga merupakan salah seorang individu yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang belum dapat disahkan. Misi beliau adalah untuk memasukkan Sabah sebagai sebahagian dari tanah jajahan Filipina.Dalam laporan tindak balas, Angkatan Bersenjata Malaysia telah mengepung kampung tersebut beberapa lama untuk berbincang secara damai dengan penceroboh. Dan sebagai suatu cubaan dan usaha murni untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan wilayah secara aman dengan kerajaan Filipina dan penceroboh. Akhirnya akibat tiada tindak balas dari pihak penceroboh untuk sekian lama, pihak bersenjata Malaysia telah bertindak mengambil tindakan tegas kepada penceroboh dan bermulalah konflik maut pada 1 Mac 2013 hinggalah sekarang. Dalam serangan pertama dari askar Sulu telah mengorbankan 6 orang tentera Malaysia yang telah dibunuh dengan kejam. Selepas pada itu Malaysia telah melancarkan serangan secara besar-besaran untuk menghalau tentera Sulu dari Malaysia.

3)Pembunuhan Altantuya Shaariibu.



Kes Pembunuhan Altantuya  Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Kes ini juga melibatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul. Akhirnya pada 13 Januari 2015, kes ini ditutup dengan hukuman gantung terhadap dua anggota UTK tersebut.

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Chief  Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.




No comments:

Post a Comment