Wednesday 8 April 2015

Aku Seorang Pelajar

Universiti Utara Malaysia adalah tempat dimana aku menyambung pelajaranku pada tahap ijazah sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan..Sekarang aku berada pada tahun kedua semestar 4....Sepanjang aku belajar di sini banyak benda yang aku pelajari...di samping belajar ilmu akademik aku juga banyak belajar mengenai kemahiran kepimpinan dan pemantapan diri....Ujian sebagai seorang pelajar universiti ini sangat mencabar diri aku dimana aku ini seorang anak yang tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga..Antara cabaran utama yang pelajar perlu hadapi sebagai student U adalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat.Dalam pemerhatian aku ramai pelajar terkandas dalam pelajaran kerana mereka tidak pandai menyesuaikan diri dan terpengaruh dengan kejutan budaya dan masalah sosial..Alhamdulilah setakat ini aku masih lagi dapat mengawal diri aku daripada masalah sosial dan aku juga dapat masih lagi dapat membezakan diantara yang baik dan yang buruk...Punca utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah sosial ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya...Banyak masalah sosial yang selalu kita dengar dikalangan student U ini ,antaranya ialah rogol,zina,lahir anak luar nikah,terlibat dengan dadah,kongsi gelap dan banyak lagi yang kita semua tahu...

Jadi, sebagai pelajar yang dianggap mempunyai daya pemikiran yang bijak kita haruslah mengunakan masa belajar ini secara baik dengan memanfaatkan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran anda.

 Didalam post ini aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman-pengalaman yang aku dapat sepanjang menjadi pelajar di sini..Untuk menterjemahkan pengalaman aku disini dengan memasukkan gambar-gambar yang boleh anda lihat.
 

 




Cara hidup SEORANG PELAJAR  pagi ke kelas sehingga petang..malam pula aku membahagikan masa aku dengan mengulangkaji pelajaran,pada waktu malam juga aku akan spend kan masa untuk bersama kawan-kawan untuk makan bersama dan lepak bersama sekejap untuk melepaskan tekanan semasa belajar.

Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya ,pelajar itu hendakklah mempunyai ciri-ciri seorang pelajar yang berjaya..Jadi dalam blog ini saya telah menyenaraikan 10 ciri-ciri pelajar cemerlang.


1  )BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
Pelajar seharusnya berani menerima kegagalan. Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu. Kejayaan tidak datang dengan serta-merta tanpa percubaan atau setelah seseorang mencubanya dengan sekali sahaja. Setiap kejayaan memerlukan percubaan yang banyak. Oleh itu, memberanikan diri untuk gagal kerana kegagalan adalah sifat orang yang berjaya dan mengajar kita untuk lebih berusaha. Kegagalan tidak akan menjadi kegagalan selagi kita tidak menerimanya dan mengakui kegagalan diri kita. Sikap mental kita yang akan menunjukkan sama ada kegagalan itu bersifat sementara atau selamanya .Di dalam mengejar cita-cita putus asa bukanlah ciri-ciri pelajar cemerlang, jikalau percubaan pertama gagal jadilah kegagalan itu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

2)  BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesilapan tidak akan memberi apa-apa kesan jika kita tidak mengendahkannya dan tidak bermuhasabah diri .Oleh itu ambil sedikit waktu untuk fikirkan kembali apakah yang menyebabkan kita gagal dan apakah tindak-tanduk yang menyebabkan kesilapan? Inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan, dan mencari cara untuk mencapai kejayaan. Tidak semua orang melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Kesilapan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

3)  MEMBACA BUKU
 Amalan membaca sememangnya dituntut .Membaca dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

4)  TIDAK MALAS UNTUK BELAJAR
Jangan jadikan diri anda seorang yang bersifat "Bodoh Sombong". jangan malu untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya. Jadikan  contoh atau model dalam hidup anda. Contohnya kakak, abang anda yang telah berjaya sebagai model anda. Perhatikan ciri-ciri dan dedikasi mereka terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. pengalaman akan mengajar seseorang itu dengan lebih berkesan, tidak semestinya dengan membaca kita akan mempelajari sesuatu jika tidak mempraktikkannya sebagai amalan.



5)  KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai

6)  MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan segera  atau lebih baik dihindarkan. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Pengurusan masa yang betul membolehkan seorang pelajar menggunakan masa dengan berkesan dan tidak mengganggu waktu rehat, berjaga sepanjang malam merupakan tabiat yang tidak baik kerana mengganggu kesihatan.

7)  CERGAS
Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Otak yang cergas akan melahirkan pemikiran yang lancar. Untuk menghasilkan otak yang cergas pelajar mestilah aktif dalam menjalankan aktiviti dan sentiasa beriadah. pelajar cemerlang tidak hanya menumpukan masa sepenuhnya untuk belajar tetapi mengatur jadual untuk beriadah bagi memastikan badan yang sihat dan menjamin otak yang cergas.

8) SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran. Minta pandangan orang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi,"jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam."

9)  SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.


 10) MEMILIKI KEPERCAYAAN DIRI

Kepercayaan diri menunjukkan bagaimana kita melihat diri sendiri .Kepercayaan kepada diri bermula apabila kita mengenal pasti kelebihan yang ada. Pelajar yang cemerlang akan mempercayai kebolehan yang ada pada diri mereka. Mereka tidak akan bersedih dengan kelemahan tetapi akan cuba memperbaikinya. Kepercayaan pada diri akan membuatkan kita mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Contohnya, perasaan takut hanya dapat diatasi oleh diri sendiri, kepercayaan pada diri akan membuatkan keberanian mengatasi ketakutan.

Bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk senang" Kejayaan seseorang tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan.Sekali kita gagal dalam kehidupan tidak bermakna kita gagal selamanya. Apa yang penting dalam kehidupan kita ini ,kita harus kenal siapa diri kita di dunia ini,jaga hubungan kita dengan Allah,dengan ibubapa dan sesama manusia...

SEKIAN,,,amirul

No comments:

Post a Comment