Saturday 4 April 2015

PERSAHABATAN

'Erti sesebuah persahabatan perlu dirasa bukan perlu dilihat'





Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal.

http://www.4shared.com/mp3/r1XLRo9P/Brothers_Teman_Sejati.htm


Dalam blog ini saya ingin menceritakan sejarah atau pengalaman saya dalam persahabatan dengan seorang yang bergelar sahabat. Pada usia saya yang masih kecil saya mempunyai seorang kawan sekampung yang  sama umur dengan saya dan kami membesar bersama-sama. Apa yang saya ingin menceritakan mengenai beliau adalah seorang sahabat sejati saya dan kami masih berkawan baik sehingga kini walaupun dia telah lama meninggalkan kampung sedah sekian lama kerana menyambung pelajaran di luar negara.

Sebelum itu aku ingin menceritakan latar belakang dia dahulu. Nama diberi Muhammad Mustaqim bin Zainol Efendi. Datang dari sebuah keluarga yang susah bapa bekerja sebagai petani dan ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Dia mempunyai 8 orang adik-beradik dan merupakan anak sulung di dalam keluarga. Dia dengan aku sama-sama membesar di sebuah perkampungan yang kecil yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai petani. Apa yang aku bangga dengan sahabat aku ini dia mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi untuk mengubah nasib keluarganya. Dia juga seorang pelajar yang sangat pandai dan selalu mendapat pujian daripada cikgu-cikgu di sekolah. Akibat kemiskinan keluarganya, dia tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah yang baru. Uniform sekolahnya yang lusuh yang berusia bertahun-tahun tetapi masih terpakai di tubuhnya. Dalam kehidupannya banyak cabaran yang dia tempuhi tetapi dengan semangat yang tabah dan kental dia dapat harungi. Berkat kesabarannya kini dia telah berjaya dalam pelajarannya. Dia kini sedang menyambung pelajaran di Universiti of London dalam bidang perubatan. Segala perbelanjaan pembelajarannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi dia akan rasmi bergelar sebagai seorang doktor perubatan dan insya-Allah dia akan dapat mengubah nasib keluarganya.

Mengenai cerita aku di atas apa yang  aku dapat simpulkan, selain daripada seorang sahabat yang baik dia juga merupakan seorang anak baik. Boleh dikatakan setiap aktiviti harian kami akan melakukan bersama-sama seperti bermain bersama-sama, makan bersama-sama belajar bersama-sama.. boleh  dikatakan semuanya bersama-sama. Dan alhamdulillah aku juga berjaya dalam pelajaran tetapi tidak sebaik dia. Aku berjaya menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia.






Daripada pengalaman aku berkawan ini aku telah dapat mengenal pasti beberapa langkah untuk mengekalkan hubungan persahabatan.

8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah

Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.
  
2. Jangan menjadi api

Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya

Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.
  
4. Sentiasa berbincang

Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.

Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu

Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.

Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.
  

6. Luangkan masa bersama

Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri. Namun, carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.

Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya

Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita. Contohnya, sahabat kita memang seorang yang panas baran.

Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya. Bersabarlah.

Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?
  
8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.

Mesti anda pernah dengar kan?

Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.

Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia benar-benar sahabat yang baik ataupun sebaliknya.

Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah sahabat kita dengan membuatnya marah. Kemudian, suruhlah orang lain bertanya padanya tentang kita dan rahsia kita.

Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang kita dan masih lagi menyimpan rahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.

muhdmirul93.blogspot.com

No comments:

Post a Comment